Servis Cat Rumah Profesional di KL & Selangor

Upah Tukang Cat Rumah Berpengalaman.
Pilihan No. 1 Servis Cat Rumah Yang Berkualiti & Dipercayai.

Upah Tukang Cat Rumah Yang Berpengalaman.
Pilihan No. 1 Servis Cat Rumah Yang Berkualiti & Dipercayai.

10+

Tahun
Pengalaman

1M+

Sqft
Dicat

4.8

Review
Cemerlang

Kepakaran & Perkhidmatan

Satu pasukan dipercayai untuk setiap keperluan cat rumah anda, dari dinding dan siling hingga lantai, tekstur dan kemasan.

Kerja cat dinding dan siling dalaman
Cat Dinding & Siling Dalaman

Cat ruang tamu, bilik tidur atau seluruh rumah dengan cat Nippon, Dulux atau Jotun. Sesuai untuk rumah baru atau ubah suai.

Cat dinding dan siling luaran rumah
Cat Dinding & Siling Luaran

Lindungi dinding luar rumah anda dengan cat tahan cuaca. Sesuai untuk cuaca panas & hujan , kekal nampak baru dan tahan lama.

Cat bumbung dan lapisan kalis air bumbung
Cat Bumbung

Gunakan cat khas bumbung yang tahan haba & cuaca untuk perlindungan maksimum. Warna kekal lama, rumah lebih sejuk & cantik.

Cat pagar, grill dan pintu
Cat Pagar, Grill & Pintu

Lindungi grill, pagar & pintu kayu dari karat & cuaca. Guna cat khas besi/kayu tahan lama & kemas.

Kemasan cat tekstur dinding
Cat Tekstur

Tambah tekstur unik seperti Momento, Limewash dan Cement Effect. Sesuai untuk feature wall dan ruang dalaman moden.

Cat rekaan hiasan dinding
Cat Dekorasi

Rekaan hiasan dinding seperti corak geometri dan lengkungan. Sesuai untuk feature wall dan ruang dalaman moden.

Cat mural dinding
Cat Mural

Jadikan dinding anda lebih unik dengan mural khas yang penuh seni mengikut citarasa anda.

Servis cat spray
Cat Spray

Cat spray pantas & rata untuk pagar, grill, kabinet dan permukaan besar dengan kemasan licin.

Cat spray kabinet
Cat Kabinet

Ubah suai kabinet anda dengan teknik semburan cat profesional kami untuk hasil yang tepat dan kemas.

Cat trim, cornice dan skirting
Cat Trim & Cornice

Naikkan seri rumah dengan cat pada trim, skirting, dan cornice. Kemasan yang halus & elegan.

Penanggalan wallpaper dan penyediaan dinding
Penanggalan Wallpaper

Tanggalkan wallpaper lama tanpa merosakkan dinding. Sedia untuk dicat semula dengan kemasan profesional.

Penyediaan permukaan sebelum mengecat
Penyediaan Permukaan

Bersihkan, skim, tampal lubang dan retakan, gosok, dan prime permukaan untuk memastikan cat melekat sempurna dan hasilnya licin.

Cat lantai epoxy
Cat Epoxy

Tukar rupa lantai anda dengan cat epoxy yang tahan lama, kalis bocor dan menarik.

Lapisan lantai dan cat lantai
Cat Lapisan Lantai

Lapisan lantai tahan lasak untuk gudang, bengkel & tempat letak kereta. Kalis kimia & lalu lintas berat.

Lapisan kalis air untuk dinding dan bumbung
Waterproofing Coating

Lindungi ruang anda daripada masalah kebocoran dan kerosakan akibat air dengan penyelesaian cat waterproofing yang berkesan dan tahan lama.

Kenapa Pilih Kami Sebagai Kontraktor Cat Anda


Double Shield Warranty

Waranti 30 hari meliputi prestasi cat dan mutu kerja untuk ketenangan fikiran anda.

Tukang Cat Terlatih & Berpengalaman

Tukang cat mahir untuk kerja mural, tekstur khas & projek bangunan besar.

Proses Lancar & Mudah

Sebut harga cepat, konsultasi percuma & lawatan tapak, dibantu Project Advisor.

Pakar Pengurusan Projek

Projek kecil atau besar, dirancang & disiapkan ikut jadual.

Kerja Bersih & Teratur

Lantai & perabot dilindungi, kawasan kerja bersih & kemas.

Komitmen Kami Tak Lari

100% komitmen untuk siapkan projek. Tiada temujanji terlepas atau tergendala.

Mudahnya Kerja Mengecat

Proses 4 Langkah untuk Hasil Menakjubkan.

Langkah 1
Rundingan

Bincang projek anda dengan Project Advisor kami dan atur lawatan tapak jika perlu.

Langkah 2
Sebut Harga

Dapatkan sebut harga pantas dan terperinci mengikut keperluan dan ruang anda.

Langkah 3
Transformasi

Tukang cat mahir kami merealisasikan visi anda dengan ketelitian dan bahan berkualiti.

Langkah 4
Nikmati

Duduk santai dan nikmati hasil menakjubkan, dijamin memenuhi harapan anda.

Kelayakan & Pengiktirafan Industri

Settle for nothing but the best. PaintHero® brings a wealth of qualifications and certifications in the painting industry, guaranteeing exceptional solutions for your space.

5⭐ Review Google
Cemerlang


Cat Bilik & Rumah Anda Bersama PaintHero®

Lihat portfolio projek kami dan saksikan kualiti kerja PaintHero® yang tiada tandingan

Soal Jawab Projek Cat

Satu bilik biasanya siap dalam sehari. Kondo atau rumah teres penuh ambil masa lebih kurang 2 hingga 3 hari, ikut saiz rumah dan keadaan dinding.

Dua-dua boleh. Kami sediakan dan sapu cat sekali, atau anda beli cat sendiri dan kami sapu je. Anda tetap pilih jenama (Nippon, Dulux, Jotun) dan warna sendiri. Standard kami dua lapisan topcoat supaya rata dan tahan lama.

Kerosakan kecil memang dah termasuk, macam retak halus, lubang paku dan cat terkelupas sikit yang bawah 3% daripada dinding. Masalah besar macam dinding beralun, kesan bocor, kulat atau sisa gam wallpaper dikira asing, dan wajib dibaiki dulu sebelum sapu lapisan akhir supaya cat tahan lama.

Ya, workmanship warranty 30 hari cover apa-apa kesilapan dari kerja sapuan kami, dan kami datang touch-up percuma. Berasingan, cat itu sendiri ada performance warranty dari pengeluar, biasanya untuk luaran, ikut katalog jenama.

Deposit 50% untuk mula dan kunci tarikh, 40% masa kerja tengah berjalan, dan baki 10% bila semua siap termasuk touch-up. Jadi anda cuma langsai baki bila dah puas hati.

Dua-dua free. WhatsApp je alamat, kami datang ukur dan periksa dinding, lepas tu bagi harga jelas. Tak kena caj, tiada obligasi.

Sebut Harga Percuma

Bersedia Mengecat Rumah Anda?

Hubungi penasihat projek kami melalui WhatsApp.

Respons Pantas
Lawatan Tapak Percuma
Konsultasi Percuma